![]() |
| hujan itu rahmat |
beberapa hari nie aku sangat bz ngan "proses pemulihan" motor kesayangan aku setelah sekian lama dibiar kan sepi..proses mungkin berlanjutan selama beberapa hari..harap semua berjalan lancar,walau cuaca tak menentu sekarang....
| kat penang nie..gambar waktu anchorage.. |
| Ocean sunset.. |
| Dari atas ferry |
| Gambar nie ERWIN yg punya..hahaha... |
| Penang Port |
| Night at Penang |
Kapal Kontena ialah sejenis kapal yang membawa muatan atau kargo berupa kontena kering(barang2 industri,keperluan harian cam kasut yang ko pakai g skolah, dll) dan kadangkala refrigerated container(kontena dengan sistem penyejukan digunakan untuk bawak makanan cam daging or sayur)....
antara kargo yang diangkut oleh kapal jenis ini ialah seperti arang,bijih timah,gandum,simen dan macam2 lagi..boleh dikenal pasti dari penutup(hatches) besar berbentuk kotak pada bahagian dek dimana hatches itu boleh dibuka atau ditutup semasa proses pemindahan kargo..ruang penyimpanan kargo juga dibahagikan kepada beberapa bahagian supaya kalau satu bahagian masuk air ker,bocor ker,kargo kat bahagian lain tak rosak sama..bijak tak orang yang cipta sistem nie? wiwiitt.....
antara kargo yang diorang bawak ialah petroleum,LPG(Liquefied Petroleum Gas),bahan2 kimia dan minyak2 sayuran,wine dan bahan makanan lain..lain jenis kargo memerlukan pelbagai cara pengendalian jadi jenis2 tanker direka khusus macam "oil tanker","chemical tanker",dan yang lebih khusus "LPG tanker"...erm....kapal2 yang paling berisiko menyebab kan pencemaran alam kalau berlaku tumpahan minyak akibat kebocoran atau kapal tenggelam kapal jenis nie larh..ok..end of topic...........
biasa nyer digunakan untuk pedagangan pesisiran pantai dan bukan untuk ke laut lepas..hull(badan kapal) yang tidak dalam memudah kan Coaster untuk access tempat2 yang kapal2 besar x mampu access..tahniah larh kamu cik coaster........
Cruise Ship cam dari kompeni Star Cruise tue adalah sejenis passengger ship yang digunakan untuk pelayaran mewah dimana keutamaan nya ialah supaya penumpang merasaai keseronokan pengalaman belayar dan kelengkapan hiburan di atas kapal..cruise liner biasanya belayar dengan "haluan pusingan" dimana mereka biasa nya akan kembali ke pelabuhan asal setelah lengkap satu pusingan..untuk kapal2 besar merentas laut,kadang2 amek masa betahun tuk kembali ke pelabuhan asal..so,bile nak beli tiket tue check lar package dye tue ehh..tuk seminggu ker tuk sebulan..aisy.........
Ferry cam kat ferry penang tue biasa nyer digunakan untuk mengangkut penumpang dan sesetengah untuk angkut kerendaan diorang skali..untuk sesetengah bandar air contoh cam kat Venice ianya digunakan sebagai sistem pengangkutan awam..uhh...romantik.......