phewiitt2..watsup dude?? ......ok..entry yg x sopan..maaf...salam......urm..ini ari aku nak citer serba sedikit pasal jenis2 kapal dagang yang selalu ada dalam industri perkapalan..kapal2 yang menjamin kesinambungan aktiviti perdagangan dunia kita sehari-hari......
macam yang kita tau,kapal terbahagi kepada beberapa kategori macam Kapal Dagang,Kapal Perang,Kapal Selam,Kapal Terbang,Kapal Api,Kapal Angkasa..UFO.!! Alien.!! jangan culik aku.!!!!! uhhh......sori..ubat batuk mak bagi memang meninggal kan kesan mendalam...........kotak tiada apa aku bermula~~~~
CONTAINER SHIP
Kapal Kontena ialah sejenis kapal yang membawa muatan atau kargo berupa kontena kering(barang2 industri,keperluan harian cam kasut yang ko pakai g skolah, dll) dan kadangkala refrigerated container(kontena dengan sistem penyejukan digunakan untuk bawak makanan cam daging or sayur)....
kontena ini kendian akan disusun dengan satu teknik yang dipanggil containerization..ruang kargo dipanggil kargo hold dimana kontena akan disusun bertingkat dan diikat supaya tak jatuh atau terbalik demi menjamin kestabilan kapal itu sendiri..hadir dalam pelbagai saiz mengikut kesesuaian dan bisnes kompeni tue sendiri..aksesori dijual berasingan.....
BULK CARRIERS
Bulk Carrier ialah kapal yang membawa barang secara pukal..
antara kargo yang diangkut oleh kapal jenis ini ialah seperti arang,bijih timah,gandum,simen dan macam2 lagi..boleh dikenal pasti dari penutup(hatches) besar berbentuk kotak pada bahagian dek dimana hatches itu boleh dibuka atau ditutup semasa proses pemindahan kargo..ruang penyimpanan kargo juga dibahagikan kepada beberapa bahagian supaya kalau satu bahagian masuk air ker,bocor ker,kargo kat bahagian lain tak rosak sama..bijak tak orang yang cipta sistem nie? wiwiitt.....
TANKER
kapal jenis nie direka khas tuk membawa kargo bendalir(liquid & gas) secara pukal..
antara kargo yang diorang bawak ialah petroleum,LPG(Liquefied Petroleum Gas),bahan2 kimia dan minyak2 sayuran,wine dan bahan makanan lain..lain jenis kargo memerlukan pelbagai cara pengendalian jadi jenis2 tanker direka khusus macam "oil tanker","chemical tanker",dan yang lebih khusus "LPG tanker"...erm....kapal2 yang paling berisiko menyebab kan pencemaran alam kalau berlaku tumpahan minyak akibat kebocoran atau kapal tenggelam kapal jenis nie larh..ok..end of topic...........
RoRo(Roll on Roll off)
haa..kapal nie lar yang bawak masuk Mitsubishi Lancer idaman ku..hehe..kapal jenis nie digunakan khas untuk membawa kerendaan2 beroda dari satu pelabuhan ke satu pelabuhan..antara kerendaan yang diorang bawak termasuk kereta,bas,truck,dan jentera2 berat lain...
COASTER
kapal yang membawa kargo dalam kuantiti yang kecil..
biasa nyer digunakan untuk pedagangan pesisiran pantai dan bukan untuk ke laut lepas..hull(badan kapal) yang tidak dalam memudah kan Coaster untuk access tempat2 yang kapal2 besar x mampu access..tahniah larh kamu cik coaster........
PASSENGER SHIP
Kapal Penumpang nie digunakan utama nyer untuk mengangkut penumpang lar ofcoz kan..selain tue,kapal nie juga bawa barang2 peribadi penumpang macam their luggage,and even their car..ehem...
CRUISE SHIP
Cruise Ship cam dari kompeni Star Cruise tue adalah sejenis passengger ship yang digunakan untuk pelayaran mewah dimana keutamaan nya ialah supaya penumpang merasaai keseronokan pengalaman belayar dan kelengkapan hiburan di atas kapal..cruise liner biasanya belayar dengan "haluan pusingan" dimana mereka biasa nya akan kembali ke pelabuhan asal setelah lengkap satu pusingan..untuk kapal2 besar merentas laut,kadang2 amek masa betahun tuk kembali ke pelabuhan asal..so,bile nak beli tiket tue check lar package dye tue ehh..tuk seminggu ker tuk sebulan..aisy.........
FERRY
Ferry cam kat ferry penang tue biasa nyer digunakan untuk mengangkut penumpang dan sesetengah untuk angkut kerendaan diorang skali..untuk sesetengah bandar air contoh cam kat Venice ianya digunakan sebagai sistem pengangkutan awam..uhh...romantik.......
lebey kurang camtue lar citer nyer..nak tau lagi banyak ley Google at "merchant ships" ataupun "types of vessels"...giler ngantuk..korang pandai2 lar ehh..bye..zzZZZZZ
oooOOOOooooo
ReplyDelete