Semua yang aku catat kan hari ini adalah atas dasar pengalaman dan pengamatan..
keikhlasan kalau di istilah kan dari segi bahasa adalah sesuatu yang datang dari perasaan yang tulen dimana ianya bebas dari kepura-puraan atau penipuan..
Untuk aku keikhlasan tue bila kita buat sesuatu tanpa harap kan balasan atau mengharap kan supaya dikenali atau dipandang tinggi..cam Keluang Man tue,beliau adalah seorang yang ikhlas..yela kan,tolong orang sana sini dikota dan juga di desa tapi berapa ramai sgt yg kenal beliau adalah Borhan kan..(tahniah Keluang Man.!!)
dalam Islam pun kita dianjur kan untuk beribadat secara ikhlas..cam menderma contoh nya, Rasulullah pernah bersabda antara 7 golongan yang dilindungi dibawah bayangan rahmat adalah mereka yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanan..bukan lar kata orang yang bersedekah pastu panggil press conference amek gambar masuk tv tue tak ikhlas..bagi aku diorang buat tue punya sebab..mungkin salah satu sebab nya untuk membukti kan bahawa diorang nie sedang menjalan kan tanggungjawab..disamping orang ramai yang tengok tue pun akan terasa terpanggil sama tuk hulur kan bantuan..cara masing-masing lar kan..individu cara individu..badan koporat cara badan koporat..
Tapi kan,bagi aku lar..cara terbaek tuk ikhlas kan hati kita bila menghulur kan derma,cuba kita tengok pada diri kita..makan cukup,pakai cukup..berpeluang masuk sekolah,ada yang masuk universiti..rumah ada,henpon canggih,atleast ada lar jugak kan..tapi dalam poket ada lagi duet lebey..cuba seluk poket tengok..ada tak?? ada kan?? kenapa ada lebey walaupun kita da cukup serba serbi? pikir kan camnie..Allah berikan rezeki pada kita atas peluang yang indah dalam hidup ini bukan semata untuk kita..ianya untuk dikongsi sama orang yang tak punya..duet dalam poket nie mungkin bukan duet kita tapi kita diberi kan peluang berjumpa orang yang susah supaya kita boley menyampai kan rezeki yang sebenar nya milik dia..pikir-pikir kan lar ehh....
Macam mana pulak dengan ikhlas dalam solat? tue ari waktu di area Kuala Lumpur kitorang singgah solat waktu bekerja kat salah satu site kat sane..sebelah aku der sorang makmum yang solat lembik cam sotong..bukan hak aku tuk persoal kan amalan dia sedang kan amalan aku belum tentu sempurna..tapi terfikir aku kejap..Allah bagi kau satu hari 24jam untuk menjalan kan urusan dunia dan peribadi,tak boleh ker kau perform 5 minit nie dengan sehabis baek..dengan dinamik..kejap jer pon bro..hurm..beberapa tahun lepas waktu bertarawih aku masih teringat..ada sorang pakcik nie memang sorang yang kuat keje aku nampak dari urat2 kekar kat tangan kaki n dahi beliau..muka memang nampak sangat penat..sampai cam tertido aku tengok..tapi sampai time tarawih beliau betul-betul usaha nak sempurna kan solat beliau..tiap malam aku nampak benda yang sama..subhanAllah..nak nangis bila aku teringat balik keikhlasan beliau..ya Allah..mulia kan lah pak cik tue ya Allah..tempat kan la beliau di antara umat-umat Mu yang soleh..amin....
sesungguh nya tak rugi bila kita menjalani hidup kita dengan ikhlas..kalau bekerja,orang ikhlas bukan semata mengharap kan gaji..kalau kita ikhlas, gaji dapat,orang senang hati dengan keje kita, kita pun dapat belajar skill baru..insyaAllah....
actually banyak lagi yang boley dibincang kan dengan subjek keikhlasan..dan aku pasti korang pun punya banyak pengalaman dan pendapat tentang subjek keikhlasan..pape pun aku berenti takat sini..semoga keikhlasan terpraktik dalam hidup seharian kita..aku tinggal kan korang dengan kata-kata dari seorang yang aku tak pasti sape..kata beliau...
"ikhlas tue bukan sesuatu yang akan datang bergolek,ikhlas harus dilatih..kalau duk tunggu ikhlas mai, memang tak mai punya..kecuali kalau kawan ang tue nama nya 'ikhlas'.." ~ Anonymous
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment